السلام عليكم... سلامت داتڠ ك بلوڬ ڤوست ڤڠاجين تحفيظ القرءان اس-شاتيبييه مسجد سدا بندر كوتا كينبالو.. سموڬ مسلمين دان مسلمات برادا دباوه نأوڠن كلمة ليلىهايللا الله..

Sejarah Penubuhan Tahfiz


MUKADDIMAH

Masjid Bandar Kota Kinabalu suatu waktu dahulu adalah merupakan tempat gereja kristian. Lalu gereja ini telah dibeli oleh arwah Tun Datu Mustafa Bin Datu Harun dan dijadikan Masjid ditengah-tengah bandar Kota Kinabalu. Masjid ini sekarang dibawa kelolaan ( U.S.I.A ) United Sabah Islamic Association yakni Pertubuhan Islam Seluruh Sabah yang sekarang ini di Pengerusikan oleh Yang Di Pertua Usia Tun Datuk Seri Panglima Dr Haji Sakaran Bin Dandai mantan Ketua Menteri Sabah dan T.Y.T Negeri Sabah beberapa tahun yang lalu. Adapun Pusat Pengajian Tahfiz Al-QuranAs-Syatibiyah ini telah mendapat persetujuan dari Y.D.P U.S.I.A Tun Datuk Seri Panglima Dr Haji Sakaran Bin Dandaiuntuk di pindahkan dari Masjid Al-Hidayah Kampung Bunga Raya yang berstatus kampung setinggan  ke MasjidBandar Kota Kinabalu.Tujuan perpindahan ini bagi membuat persediaan awal untuk aktiviti pengajian tahfiz berjalanlancar kerana Kampung Bunga Raya akan dirobohkan bagi projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa
K.K.I.A Kota Kinabalu. Al-Hamdulillah program Tahfiz ini terus berjalan buat sementara waktu ini di Masjid BandarKota Kinabalu disamping berusaha mencari tempat Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah sendiri.

Mengenang sejarah dahulu di Masjid Al-Hidayah Kg Bunga Raya KepayanKota Kinabalu dan sejarah perpindahan ke Masjid Bandar Kota Kinabalu inikami menyedari hakikat betapa perlunya masyarakat hari ini kembali didedahkan dengan suasana Al-Quran tuntutan syar’ie yang mampu menenang dan menyejukkan hati dengan hanya memerhatikan suasana dan mendengarkan bacaannya, apatah lagi jika membaca dan mengamalkannya. Maka  PusatPengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah dan pengajian agama yang menggabungkan dua sistem cara lama dan baru perlu diwujudkan demi melaksanakan perintah Allah serta para sahabat baginda s.a.w juga para tabiin sembari meneruskan perjuangan junjungan besar nabi Muhammads.a.w. serta para sahabat baginda s.a.w selepasnya.


Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran ini juga dilihat sangat perlu kerana ianya dapat menambahkan bilangan penghafaz Al-Quran dengan lebih ramai dan mempunyai kemahiran hafazan yang tinggi serta mampumemenuhi keperluan semasa di dalam dan di luar negara islam pada masa akan datang.
Selaras dengan seruan kerajaan serta kibaran panji-panji Islam Hadhari ketika ini yang menyeru dan
mengajak para muslimin dan muslimat mengkaji,menghayati dan mengamalkan segala bentuk ajaran dan petunjuk Ilahi yang terdapat di dalam Al-Quran itu sendiri maka Pusat Pengajian Tahfiz Al-QuranAs-Syatibiyah ini secara tidak langsung menyediakan prasarana pendidikan islam pada keseluruhannya yangakan dapat melahirkan individu Qurani yang mampu menguasai berbagai cabang ilmu Laduni dan moden.Dalam pada masa yang sama negara akan memiliki rakyat yang cemerlang pemikirannya,gemilang dalam sejarahnya dan terbilang dari segi kualitinya. Ini adalah kerana Al-Quran itu sendiri mengandungi khazanah ilmu yang tidak ternilai di dalamnya.
 
Penubuhan Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah ini
bukanlah bertujuan untuk menyaingi mana-mana pihak atau mana-
mana pertubuhan yang lain tetapi lebih kepada Amar Makruf  Nahi
Munkar atau mengajak kepada kebaikan mencegah daripada
melakukan kemungkaran yang mana penubuhannya adalah atas dasar Iman, amal dan taqwa. Dengan itu ianya menetapkan bahawa PusatPengajian Tahfiz Al-Al-Quran As-Syatibiyah ini bukanlah milikindividu tertentu tetapi lebih kepada kepentingan masyarakat muslim setempat sebagai perlaksanaan fardhu kifayah.Disamping itu penubuhan Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah ini dapat mengimarahkan masjiddan surau-surau di sekitarnya dengan pengisian program pembacaan dan hafazan Al-Quran Berhalaqahsetiap hari terutama dalam bulan-bulan Ramadhan. Dengan ini orang tempatan akan dapat mengambil faedahkerohanian apabila mereka bersama-sama mengambil bahagian bersama pelajar tersebut.




PENUBUHAN AHLI JAWATANKUASA

Diatas kesedaran pentingnya Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah ini maka beberapa sessi pertemuan telah diadakan sehinggalah wujud satu kesepakatan untuk mengadakan sebuah Pusat PengajianTahfiz Al-Quran As-Syatibiyah yang diberi nama Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran Syatibiyah. Bagimenjalankan tanggungjawab ini maka dilantik ahli jawatankuasa penaja supaya Pusat Pengajian TahfizAl-Quran As-Syatibiyah ini dapat beroperasi dan berjalan lancar. Senarai Ahli Jawatan Kuasa Penaja yang diputuskan untuk mengambil tanggungjawab atas Pusat PengajianTahfiz Al-Quran As-Syatibiyah adalahseperti berikut:-




TITIK PERMULAAN

Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah ini dibuka pada
05-01-2005 di Masjid Al-Hidayah Kg Bunga Raya, Kepayan Kota Kinabalu dan diasaskan oleh Ust Julniealam Bin Amilussin. Berkelulusan Diploma Al-Quran dan Qiraat Al-Azhar Shoubra Kaherah Mesir. Pada masa itu beliau mula mengajar dari 3 orang pelajar dan seterusnya telah bertambah ke bilangan yang ramai seperti sekarang ini.Dari segi pembiayaan dan perbelanjaan pelajar dan guru pada mulanya telah di bantu oleh ayah beliau iaitu HajiSattar Bin Haji Amilussin selama 6 bulan dan seterusnya bantuanpula diberikan oleh orang ramai yang menyumbang sehinggalah kehari ini. Setiap pelajar di Pusat Pengajian Tahfiz ini  tidak di kenakan
  yuran bulanan hanya yang di kenakan cuma yuran ke masukan RM100.00,Yuran Pendaftaran RM 50.00 dan buku Iqra RM10.00.Semuanya berjumlah RM160.00 sahajauntuk tempoh pengajian 3 tahun. Penempatan asrama pelajar pada ketika itu cuma menumpang dirumah sewa danaktiviti pengajian pelajar dijalankan di dalam Masjid Al-Hidayah Kampung Bunga Raya,Kepayan. setelah mendapat kelulusan pendaftaran dari JHEAINS pada 17 Januari 2007 P.P.T.Q.A.S telah berusaha mencari tempatyang sesuai untuk lokasi pengajian kerana Kampung Bunga Raya Kepayan merupakan kawasan setinggan yang bila-bilamasa sahaja akan di robohkan bagi projek pembesaran lapangan terbang K.K.I.A. Al-Hamdulillah dengan berkat danusaha P.P.T.Q.A.S, pada 18-8-2007 telah mendapat kebenaran dan persetujuan daripada Y.D.P U.S.I.A Tun Datuk   Seri Panglima Hají Sakaran Bin Dandai telah bersetuju menempatkan P.P.T.Q.A.S di Masjid Bandar Kota Kinabalu buat sementara waktu.Dan buat masa sekarang ini P.P.T.Q.A.S terus menjalankan aktiviti pengajian di Masjid BandarKota Kinabalu sementara mencari dana pembiayaan belanja untuk membeli tapak tanah sendiri untuk membinaPusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah yang tetap, baru dan lebih sesuai bagi menampung pelajar yang lebih ramai lagi demi melahirkan generasi muda sabahan yang celik Al-Quran di masa akan datang.
OBJEKTIF PENUBUHAN

Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah ini di wujudkan untuk menembahkan bilangan golonganPara tahfiz di negeri ini khasnya dan seluruh negara amnya. Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyahini sudah tentu akan dapat membantu kepada perkembangan penghafalan Al-Quran Serta pengajian ilmiahuntuk kebaikan seluruh umat Islam di negara ini. Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah ini juga akan dapat mencapai matlamat berikut:

1. Melahirkan para pelajar yang boleh membaca dan menghafal Al-Quran dengan cara yang terbaik.

   2. Melahirkan para hufaz dan ulama’ yang bertakwa, berterampilan dan diikitiraf selaras dengan keperluan ummah dan Negara.

   3. Untuk melahirkan generasi muda yang dapat menghayati agama dalam kehidupan mereka serta menimbulkan kesedaran tentang agama Islam ini.

4.Untuk mengimarahkan masjid dengan program Al-Quran dan  pengajian ilmu.

   Mewujudkan pemeliharaan Al-Quran sebagai aset umat untuk generasi akan datang dan menjadikan isi  kandungan Al-Quran pada jasad individu muslim sebagai Al-Quran bergerak untuk jadi panduan secara   praktikal untuk seluruh alam,adalah tanggungjawab setiap orang Islam.


DASAR PENDIDIKAN

1. Melahirkan para Huffaz yang dapat mengingati lafaz-lafaz Al-Quran dengan sebutan yang fasih dan tartil      tanpa terlupa dan tersilap.Ia juga faham isi kandungannya beramal dan berpegang teguh dengan ahkamnya.

2. Melahirkan para Fuqaha’yang mempunyai kemahiran dalam menggunakan dalil-dalil usul syarie
    untuk memastikan dan memutuskan satu-satu hukum syarak serta untuk menyelesaikan masalah manusia.    Mereka juga mempunyai kemahiran yang tidak terbatas di dalam. Segala bidang ilmu Islam terutamanya   dalam hukum Syarak.

  3. Melahirkan para huffaz dan ulama’yang bertakwa dengan penghayatan As-Sunnah di dalam kehidupannya        sebagai daie ke seluruh alam.

GURU-GURU TAHFIZ / MUALLIM

Guru-guru tahfiz dan muallim yang berpengalaman luas dan mempunyai pengalaman dalam pendidikan
dan mengurus secara telus dan bijak.Mereka bertugas sepenuh masa di Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran
As-Syatibiyah ini. Guru-guru ini adalah merupakan bekas pelajar dari pusat pengajian dan keluaran Madrasah Tahfiz Al-Quran Kubang Bujuk dan muallimnya kelulusan Diploma Al-Quran dan Qiraat Al-Azhar mesir serta
berkerayatan warganegara Malaysia. Mereka akan di bayar imbuhan bulanan diantara RM500.00 hingga
RM1200.00 sebulan.


PENGAMBILAN PELAJAR TAHFIZ

Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah ini telah mula menerima pelajar-pelajar yang memenuhi
syarat dari seluruh negeri sabah. Pelajar lelaki berumur 9 tahun ke atas dan boleh membaca jawi adalah layak
untuk belajar di sini. Pendaftaran kemasukan untuk pelajar hafiz di buka sepanjang tahun.

SUKATAN MATA PELAJARAN

Pengajian Hafiz
Pengajian tahfiz ini dijangkakan akan mengambil masa 3 hingga 4 tahun mengikut kemampuan masing-
masing.setelah tamat pengajian satu peperiksaan akhir akan diadakan dan syahadah pengajian akan diberikan
kepada pelajar yang berjaya.Peringkat tahfiz ini adalah seperti berikut:

1. Peringkat Nazirah : Pada peringkat ini pelajar akan didedahkan kepada kaedah membaca Al-Quran,
Tajwid dan kelancaran membaca Al-Quran selama 6 bulan

2. Peringkat penghafalan: Pelajar akan memulakan penghafalan Al-Quran bermula dari 7 surah iaitu:-
1). Surah Sajadah  2). Surah Yasin  3). Surah adukhan  4). Surah Ar-Rahman 5). Al-Waqiah 6). Surah Al-Mulk
7). Al-Insan,juzuk Amma (30) dan kemudian dari awal juzu’pertama hingga tamat.

3. Peringkat kepakaran: Pelajar yang tamat 30 juzuk akan membuat pengulangan dan kepakaran yang akan    mengambil masa selama 9 bulan.Tertib pengajian ini adalah intensif.Pelajar membaca dengan penuh tertib,
bertajwid dan sehingga boleh membaca Al-Quran tanpa membuat kesilapan.



JADUAL  PELAJAR  TAHFIZ  WAKTU  SESI PAGI 2011

4.30 am -5.30 am Solat  tahajud & Solat Subuh

05.30 am- 7.000 am  Tasmik Al-Quran & Bacaan Surah Yassin dan Surah Al-Waqiah

07.00 am-08.00am  Zikir,Sarapan Pagi & Rehat

08.00 am-10.00am Ulangan Hafazan Al-Quran & Riadah & Gotong Royong

10.00 am-12.00 am  Tidur Rehat & Persiapan jumaat




JADUAL PELAJAR  TAHFIZ WAKTU SESI PETANG 2011

12.00 am-01.30 pm Solat Zohor, Solat Jumaat & Makan Tengahari

01.30 am-02.30 pm Ulangan Hafazan Al-Quran & Bahasa Arab

02.30 pm-03.30 pm Ulangan Hafazan Al-Quran & Bahasa Arab

03.30 pm-04.30 pm Solat Asar  & Bacaan Hadis Fadhilat

04.30 pm-06.00 pm Zikir & Riadah





JADUAL PELAJAR TAHFIZ WAKTU SESI MALAM 2011M / 1432H

      06.00 pm – 07.30 pm Solat Solat Maghrib,Menghafaz Al-Quran & Yasin,Tahlil Malam Jumaat.

                         07.30 pm- 09.00 pm  Solat Isyak,Menghafaz  Al-Quran dan Belajar Tasawwuf

09.00 pm -09.30pm  Kisah-kisah Para Sahabat & Persiapan Tidur

                                                                             09.30 pm-4.00 Tidur




Tapak Bangunan Kompleks Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah dan Surau

1.Tanah Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah

 Tanah Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah seluas 2 setangah adalah di cadangkan sebagai tapak Kompleks  Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah dan telah mendapat kebenaran secara bertulis
dari bapa kepada pengerusi P.P.T.Q.A.S iaitu Encik Haji  Sattar Bin Amilussin selaku penasihat

  Reka Bentuk Pelan Bangunan Kompleks Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah Serta
  Pembiayaan Pembinaannya

  Pelan Cadangan untuk kompleks Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah akan direka bentuk Oleh
  seorang  pereka bentuk plan iaitu arkitek pelan bangunan dikalangan sukarelawan yang diiktiraf dengan
  menampilkan rekabentuk gabungan lama dan terkini agar dapat menghasilkan rekabentuk yang dinamik
  serta sesuai dengan kedudukannya sebagai sebuah pusat pendidikan Al-Quran . Kos pembinaanya
  dianggarkan menelan belanja hampir RM1 Juta yang akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.
  Walau pun begitu pembinaanya akan dilaksanakan secara bijak mengikut keperluan semasa.

  Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah akan melantik jemaah pentadbiranya sendiri yang sentiasa                    di pantau dan dikawal selia serta diyakini mampu untuk mencari jalan keluar di atas sokongan padu dari
  barisan para pemimpinan atasan dan pimpinan tempatan melalui kerajaan negeri untuk melaksanakan
  pembangunannya secara berperingkat sehingga berjaya dinobatkan sebagai salah sebuah Pusat Pengajian     
  Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah yang berdaya maju dan dan berdaya saing dizaman globalisasi hadhari pada
  hari ini.


PENUTUP

Walau apa pun cadangan untuk mewujudkan pusat pengajian agama seperti ini wajar disokong sepenuhnya
oleh mana-mana pihak memandangkan ianya mampu melahirkan pelajar-pelajar yang berakhlak mulia dan berbudi pekerti serta mempunyai asas-asas ilmu,iman dan ketaqwaan yang kukuh kepada Allah disertai dengan kelebihan memiliki hafazan seluruh isi kandungan ayat Al-Quran yang  tersemat rapi di dada.

   Semoga usaha para pendokong perjuangan kearah meninggikan syiar ini mendapat ganjaran,rahmat dan berkat
   dari Allah serta mendapat keampunan daripadaNya. Dengan menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W ini maka kita akan semakin hampir dengan syafaat Rasulullah S.A.W pada hari ini tiada syafaat pembelaan  melainkan daripadanya. Wallahu a’lam bissowab



HARAPAN KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

Allah S.W.T berfirman mafhumnya:

“Perumpamaan orang menafkahkan hartanya dijalan Allah Adalah seperti sebutir benih yang
mengeluarkan tujuh tangkai, disetiap tangkai ada seratus biji dan Allah melipat menggandakan bagi sesiapa  
yang dia kehendaki dan Allah itu Maha luas ( Kurnianya ) lagi Maha Mengetahui”

Al-Baqarah : 261

Sabda Nabi S.A.W mafhumnya:

Daripada Saidina Ali R.A berkata Rasulullah SAW bersabda bersegeralah kamu dengan bersedakah
kerana sesungguhnya bala itu tidak boleh melangkahi sedekah. ( H.R Ruzain. Misykat )

Muslimin dan muslimat yang dihormati, Jumlah pelajar Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah
dimasa ini adalah seramai 30 orang yang datang dari tempat yang jauh. Mereka meninggalkan ibubapa
dan kampung halaman semata-mata untuk menuntut ilmu dan menyimpan warisan Baginda S.A.W dalam dada. Maka sudah menjadi tanggungjawab bagi kita umat islam untuk memberi bantuan kepada mereka,
supaya mereka dapat belajar dengan selesa. Oleh kerana Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah ini
masih baru dibuka semenjak 1 Januari 2006 yang lalu. Maka prasarana di  Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran
As-Syatibiyah ini masih belum lengkap, Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah masih memerlukan peralatan untuk menampung jumlah pelajar terkini dan yang akan masuk dalam pendaftaran baru nanti.
Jumlah pelajar pada tahun akan datang dianggarkan seramai 100 orang. Persiapan sumbangan berupa kewangan, barang wakaf atau makanan sebagai amal jariah dan bekalan hari akhirat. Semoga Allah membalas segala jasa baik anda dengan  Syurga Firdaus. Kelengkapan adalah perlu disediakan. Disamping itu makan
minum pelajar yang sedia harus di ambil berat. Atas rasa tanggungjawab untuk membantu memajuka agama,
maka pihak Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah telah membuka peluang kepada muslimin dan
muslimat untuk memberikan kerjasama.

Sesiapa yang berminat untuk menyumbang, sila berhubung terus kepada:

1) Ust.Julniealam Bin Amilussin  ( Pengerusi  P.P.T.Q.A.S ) No.Tel : 019-8809729 / 016-9929729.
2).Encik Hafiz Jhaidi ( Setiausaha P.P.T.Q.A.S No.Tel : 0109598350
3).Hema Bte Jalairi ( Bendahari P.P.T.Q.A.S ) No.Tel : 016-8384174 / 088-237476.

3) Atau terus melalui akaun Maybank atas Nama :

 PUSAT  PENGAJIAN TAHFIZ AL-QURAN AS-SYATIBIYAH
 NO.AKAUN MAYBANK : 160214045547

Sesungguhnya Allah sentiasa membantu hambanya selama mana hamba itu membantu saudaranya”

ﺍﻥﺍﷲﻔﻰﻋﻭﻥﺍﻠﺒﺩﻤﺎﻜﺎﻥﺍﻠﻌﺒﺩﻓﻰﻋﻭﻥﺍﺨﻴﻪ









Live Traffic